Menjaga perihal si kucing comel
Ramai mengakui kucing adalah binatang peliharaan yang popular pada masa kini. Kucing jenis Parsi dan Siam adalah antara spesies kucing yang banyak menjadi pilihan pengemar kucing. Sejak 8000 tahun lagi kucing sudah menjadi binatang jinak yang dipelihara oleh manusia. Anda perlu tahu untuk memelihara binatang seperti kucing memerlukan kos yang agak tinggi. Ini termasuklah pembelanjaan seperti penjagaan kesihatan dan pemakanan.