Mengenai kami | Hubungi Kami |
Categories
:: Bulletin Utama
:: Pendidikan
:: Sukan
:: Persekitaran
:: Kesihatan
:: X-Games
:: Peralatan Terkini
:: Pelancongan
:: Petua
:: Isu-isu
:: Grammar
:: Seksyen Bahasa
:: Haiwan
:: Painting Tips
:: Hiburan
:: Cinta
:: Diari kampusku
:: Sana-sini kampusku
:: Panduan kampusku
:: Klinik kampusku
:: Ruang rileks
:: Gerdening Tips
  Pendidikan
 
EXAM: Sudahkah anda bersedia?
Di sini terdapat beberapa panduan yang boleh anda amalkan sebagai langkah persediaan anda menghadapi peperiksaan penting.

1.    Kesihatan yang baik adalah kunci utama kepada persediaan diri yang paling penting. Jika anda mendapat gangguan kesihatan, ini akan menyebabkan anda tidak dapat memberi fokus yang baik kepada pelajaran. Ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan badan malah menberikan kesan kepada tekanan emosi. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah mendapat tidur yang cukup iaitu 6-7 jam sehari. Tidur yang kurang akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Oleh itu latihlah diri anda supaya mendapat tidur yang optimum.

2.    Sumber pemakanan yang baik dapat membantu anda mendapat pertumbuhan yang sihat. Pemakanan yang seimbang dan teratur amat penting bagi mengurangkan risiko mendapat serangan penyakit. Makanan yang kaya dengan vitamin dan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja menyihatkan badan malah memberikan kesan yang baik kepada minda anda.

3.    Ada di kalangan pelajar yang dibelenggu perasaan takut ketika tempoh peperiksaan semakin hampir dan mereka takut pada kegagalan. Walaupun sebenarnya kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi perasaan takut pada kegagalan tetap ada dalam diri. Oleh itu apa yang anda perlu lakukan ialah berfikiran positif. Untuk mengatasi tekanan yang anda hadapi itu fokuskan minda anda bahawa apa yang anda hasilkan akan membuahkan kejayaan seperti yang diharapkan. Yang penting anda perlulah bertawakal kepada Allah S.W.T.  Selain itu, anda tidak perlu terlalu bimbang tentang keputusan yang bakal anda perolehi jika anda terlalu memikirkan perkara ini anda akan hanya tergambar pelbagai halangan dan rintangan. Akibatnya anda akan berasa lemah semangat dan ini akan menjejaskan kebolehan diri anda.

4.    Seterusnya jika saat menghadapi peperiksaan semakin hampir, amat baik jika anda mengelak diri dari sebarang gangguan emosi. Contohnya pergaduhan dengan rakan-rakan, membuat perkara-perkara yang mendatangkan kemarahan ibu bapa, berprasangka buru dan  over-confident.

5.    Ketenangan jiwa dan fikiran amat penting di saat-saat menghadapi peperiksaan. Bagi pelajar yang beragama Islam amatlah digalakkan supaya melakukan solat hajat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran supaya diri menjadi lebih tenang untuk menghadapi hari penting ini. Selain itu, pohonlah restu dari ke dua ibu bapa anda kerana restu dan doa ibu bapa adalah doa yang paling dimakbulkan oleh Alllah S.W.T  


   
 
 Tajuk-Tajuk Lain
1  Kampusku.com Permudah Pelajar Indonesia
2  Malaysia Membangun Pusat Pendidikan Terbaik di Asia
3   EXAM: Sudahkah anda bersedia?
4  PENGURUSAN PENERBANGAN (KPP) TUMPUAN PEMBELAJARAN PENGURUSAN
5  UNISEL: Kerjasama dengan pemimpin daerah di Indonesia
6  Memilih Malaysia Sebagai Tujuan Belajar
7  Mohon ke IPTS melalui portal online
8  UNISEL Hampir Angka 15,000 Pelajar
9  50 Peratus Pelajar UNISEL Anak Selangor
 

© Copyright 2008 kampusku. All rights reserved.
No 68D, Jalan Lumut,Damai Complex, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur Tel: +603-4048 1061 Fax: +603-4048 1057