Mengenai kami | Hubungi Kami |
Categories
:: Bulletin Utama
:: Pendidikan
:: Sukan
:: Persekitaran
:: Kesihatan
:: X-Games
:: Peralatan Terkini
:: Pelancongan
:: Petua
:: Isu-isu
:: Grammar
:: Seksyen Bahasa
:: Haiwan
:: Painting Tips
:: Hiburan
:: Cinta
:: Diari kampusku
:: Sana-sini kampusku
:: Panduan kampusku
:: Klinik kampusku
:: Ruang rileks
:: Gerdening Tips
  Peralatan Terkini
 
LEVONO THINKCENTRE A62

Anda inginkan komputer peribadi yang menjimatkan malah menawarkan prestasi yang hebat? Levono pengeluar teknologi komputer peribadi mungkin dapat memenuhi kehendak anda dengan keluaran terbaru mereka Levono ThinkCentre A62. Selain bersifat mesra alam komputer ini juga dilengkapi dengan teknologi ThinkVantage yang dapat meningkatkan produktiviti pengurusan yang lebih efektif. ThinkCentre A62 dapat memberi pelanggan aplikasi komputer peribadi yang mempunyai jangka hayat yang panjang.

Di samping itu, komputer peribadi ini mampu membekalkan perkhidmatan yang baik untuk kelas dan organisasi perniagaan. Kelebihan yang terdapat pada Levono ThinkCentre A62 membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja seperti mengurus, mengemaskini sistem dan mengaudit. Komponen TVT juga membantu proses membaikpulih dapat dilakukan dalam masa yang singkat tanpa menganggu sebarang aplikasi atau data.

Pengguna juga dapat mengalami prestasi grafik dengan teknologi DirectX10 Onboard di samping disokong oleh pilihan Display Port 4. Komputer ini juga memberi kelebihan dengan menjimatkan tenaga sehingga 40 peratus malah 35 peratus rekaan bahannya boleh dikitar semula. Sudah tentu komputer peribadi ini dapat membantu dalam menjaga dan memelihara alam sekitar.

Pengguna juga mendapat jaminan selama 3 tahun dengan pembelian produk ini. Pengguna bukan sahaja dapat mencapai keperluan dengan penggunaan komputer peribadi ini tetapi dapat menjimatkan kuasa dengan kos yang lebih efektif.

   
 
 Tajuk-Tajuk Lain
1  LEVONO THINKCENTRE A62
2  Samsung Omnia
3  Casio EXILIM Keitai W63CA telefon berkamera tercanggih
 

© Copyright 2008 kampusku. All rights reserved.
No 68D, Jalan Lumut,Damai Complex, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur Tel: +603-4048 1061 Fax: +603-4048 1057