Mengenai kami | Hubungi Kami |
Categories
:: Bulletin Utama
:: Pendidikan
:: Sukan
:: Persekitaran
:: Kesihatan
:: X-Games
:: Peralatan Terkini
:: Pelancongan
:: Petua
:: Isu-isu
:: Grammar
:: Seksyen Bahasa
:: Haiwan
:: Painting Tips
:: Hiburan
:: Cinta
:: Diari kampusku
:: Sana-sini kampusku
:: Panduan kampusku
:: Klinik kampusku
:: Ruang rileks
:: Gerdening Tips
  Pendidikan
 
Kampusku.com Permudah Pelajar Indonesia
JAKARTA, 5 Jun (Bernama) -- Portal pengurusan kemasukan dan penyaluran pelajar ke universiti swasta di Malaysia, www.kampusku.edu.my kini memperluaskan khidmatnya ke Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pelajar dari negara ini memasuki pelbagai universiti di Malaysia.

Portal yang dikendalikan Alliance Smart Card Technology (M) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Infomaya itu mensasarkan penyaluran 1,000 orang pelajar lepasan sekolah menengah Indonesia ke hampir 200 universiti dan kolej di seluruh Malaysia.

"Kita memperluaskan khidmat kampusku ini ke Indonesia sebagai menyokong hasrat kerajaan khasnya Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia destinasi kecemerlangan pendidikan serantau," kata Pengarah Urusan Alliance Smart Card Technology, Dr Fauzi Mohamed kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata melalui portal itu, yang boleh diakses oleh pelajar di Malaysia mahupun di Indonesia, mereka hanya perlu mengisikan maklumat peribadi dan kelulusan akademik serta lima buah universiti atau kolej pilihan dalam satu borang secara dalam talian.

Katanya, dari situ kampusku akan menyalurkannya kepada kelima-lima universiti pilihan pelajar itu dan mereka akan menerima jawapan secara dalam talian daripada kampusku mengenai penerimaan kemasukan mereka ke satu daripada lima universiti itu, serta pelbagai maklumat mengenai universiti, keperluan pendaftaran dan pengajian.

Fauzi berkata semua universiti dan kolej yang bekerjasama dengannya adalah yang diluluskan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menampung pelajar luar negara.
Katanya, dengan jaminan itu ibu bapa khasnya di Indonesia yang tidak begitu terdedah kepada maklumat mengenai universiti di Malaysia, tidak perlu ragu mengenai kesahihan kelulusan diploma dan ijazah yang dimiliki anak-anak mereka kelak, apatah lagi kualiti akademik di Malaysia telah diakui antara yang terbaik di dunia.

Beliau berkata setakat ini kira-kira 5,000 pelajar di Malaysia sudah disalurkan ke universiti swasta melalui kampusku manakala di Indonesia, yang baru dilancarkan minggu lepas, sudah hampir 500 pelajar mendaftar.

"Kita mengenakan bayaran yang lebih rendah bagi khidmat ini berbanding caj yang dikenakan oleh pelbagai ejen penyalur. Ini kerana kita percaya manfaat yang lebih besar daripada keuntungan kewangan semata-mata ialah hubungan baik yang terus terjalin antara Malaysia dengan Indonesia," katanya.
Mengenai promosi yang dijalankan, Fauzi berkata syarikat induknya Infomaya telah mengatur kempen ke sembilan bandar besar lagi di seluruh Indonesia termasuk Medan, Palembang, Riau, Bandung, Semarang, Surabaya, Jogjakarta, Makassar dan Banjarmasin sehingga akhir tahun ini.

"Dalam hal ini kita mendapat kerjasama penuh daripada beberapa persatuan pensyarah universiti tempatan Indonesia dan juga rakyat Indonesia bekas para pelajar atau alumni universiti-universiti di Malaysia yang kini berkedudukan tinggi di Indonesia," katanya.

Bagi memberi nilai tambah kepada khidmat kampusku, Fauzi berkata beliau juga sedang berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menyediakan tambang murah pergi balik ke Malaysia, penyediaan insurans kesihatan dan hospital serta pakej kunjungan ibu bapa dan keluarga kepada anak-anak yang belajar di Malaysia.

"Kita telah mendapatkan pelbagai maklumbalas daripada ibu bapa di Indonesia mengenai keperluan mereka jika anak mereka belajar di Malaysia dan kita berusaha menyediakan bagi memberikan rasa lebih terjamin untuk ibu bapa dan para pelajar sendiri," katanya.-        dipetik dari sumber Bernama
   
 
 Tajuk-Tajuk Lain
1  Kampusku.com Permudah Pelajar Indonesia
2  Malaysia Membangun Pusat Pendidikan Terbaik di Asia
3   EXAM: Sudahkah anda bersedia?
4  PENGURUSAN PENERBANGAN (KPP) TUMPUAN PEMBELAJARAN PENGURUSAN
5  UNISEL: Kerjasama dengan pemimpin daerah di Indonesia
6  Memilih Malaysia Sebagai Tujuan Belajar
7  Mohon ke IPTS melalui portal online
8  UNISEL Hampir Angka 15,000 Pelajar
9  50 Peratus Pelajar UNISEL Anak Selangor
 

© Copyright 2008 kampusku. All rights reserved.
No 68D, Jalan Lumut,Damai Complex, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur Tel: +603-4048 1061 Fax: +603-4048 1057